Rukun Iman - Percaya Kepada Allah

Posted by Unknown on Monday 25 June 2012

Assalamualaikum dan salam ukhwah..


Rukun Iman ada perkara dan yang paling utama ialah percaya kepada Allah yang Maha Esa. Apakah yang dimaksudkan dengan percaya kepada Allah S.W.T? Mari kita hayati sedikit makna Rukun Iman yang pertama ini.


Rukun Iman-Percaya kepada Allah



Beriman kepada Allah SWT bermaksud, seseorang itu wajib mengenali Allah yang disembahnya dan meyakini bahawa Allah itu wujud, Allah yang menciptakan alam ini dan sebagainya lagi. Muslim juga wajib mengimani apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia dan seluruh alam ini walaupun ia kelihatan tidak rasional pada akal fikiran manusia. 


Atas alasan inilah, seorang muslim wajib mempelajari ilmu usul, tauhid atau akidah bagi menetapkan keyakinannya kepada Allah SWT. Ilmu inilah yang lebih dikenali dengan nama Sifat 20, yakni mengetahui dengan tafsil 20 sifat yang wajib bagi Allah SWT. Alangkah aibnya jika mengaku beriman kepada Allah SWT tetapi tidak mengenali Allah SWT.


Berikut adalah Sifat 20 Allah S.W.T:



Sifat WajibTulisan ArabMaksudSifatSifat MustahilTulisan ArabMaksud
Wujud
ﻭﺟﻮﺩ
AdaNafsiahAdam
ﻋﺪﻡ
Tiada
Qidam
ﻗﺪﻡ
SediaSalbiahHaduth
ﺣﺪﻭﺙ
Baharu
Baqa
ﺑﻘﺎﺀ
KekalSalbiahFana
ﻓﻨﺎﺀ
Akan binasa
Mukhalafatuhu lilhawadith
ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
berbeza dengan semua makhluk ciptaanNyaSalbiahMumathalatuhu lilhawadith
ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
Menyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru
Qiamuhu binafsih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ
Berdiri-Nya dengan sendiriSalbiahQiamuhu bighairih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩ
Berdiri-Nya dengan yang lain
Wahdaniat
ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ
Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan pada perbuatanSalbiahTa'addud
ﺗﻌﺪﺩ
Berbilang-bilang
Qudrat
ﻗﺪﺭﺓ
BerkuasaMa'aniAjzun
ﻋﺟﺰ
Lemah
Iradat
ﺇﺭﺍﺩﺓ
Berkehendak menentukanMa'aniKarahah
ﻛﺮﺍﻫﻪ
Benci iaitu tidak menentukan
Ilmu
ﻋﻠﻢ
MengetahuiMa'aniJahlun
ﺟﻬﻞ
Bodoh
Hayat
ﺣﻴﺎﺓ
HidupMa'aniAl-Maut
ﺍﻟﻤﻮﺕ
Mati
Sama'
ﺳﻤﻊ
MendengarMa'aniAs-Summu
ﺍﻟﺻﻢ
Pekak
Basar
ﺑﺼﺮ
MelihatMa'aniAl-Umyu
ﺍﻟﻌﻤﻲ
Buta
Kalam
ﻛﻼ ﻡ
Berkata-kataMa'aniAl-Bukmu
ﺍﻟﺑﻜﻢ
Bisu
Kaunuhu qaadiran
ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ
Keadaan-Nya yang berkuasaMa'nawiyahKaunuhu ajizan
ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﺟﺰﺍ
Keadaan-Nya yang lemah
Kaunuhu muriidan
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ
Keadaan-Nya yang berkehendak menentukanMa'nawiyahKaunuhu kaarihan
ﻛﻮﻧﻪ ﻛﺎﺭﻫﺎ
Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan
Kaunuhu 'aliman
ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ
Keadaan-Nya yang mengetahuiMa'nawiyahKaunuhu jahilan
ﻛﻮﻧﻪ ﺟﺎﻫﻼ
Keadaan-Nya yang bodoh
Kaunuhu hayyan
ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ
Keadaan-Nya yang hidupMa'nawiyahKaunuhu mayitan
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎ
Keadaan-Nya yang mati
Kaunuhu sami'an
ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ
Keadaan-Nya yang mendengarMa'nawiyahKaunuhu asamma
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺻﻢ
Keadaan-Nya yang pekak
Kaunuhu basiiran
ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ
Keadaan-Nya yang melihatMa'nawiyahKaunuhu a'maa
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﻋﻤﻰ
Keadaan-Nya yang buta
Kaunuhu mutakalliman
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ
Keadaan-Nya yang berkata-kataMa'nawiyahKaunuhu abkam
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢ
Keadaan-Nya yang kelu



Diharapkan kita semua dapat saling ingat-mengingati antara satu sama lain mengenai Rukun Iman yang pertama ini. Wassalam.

Rukun Islam - Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Posted by Unknown

Assalamualaikum dan salam ukhwah..


Kali ini mari kita memahami apa itu mengucap dua kalimah syahadah yang merupakan Rukun Islam kita yang pertama. Bagi kita sebagai muslim, kita telah diazankan oleh bapa kita mahupun saudara terdekat, oleh itu mungkin ada yang kurang menghayati apa itu ucapan dua kalimah syahadah.


mengucap syahadah
Ucapan agung Dua Kalimah Syahadah


Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.
  1. Teks bahasa Arab:
  2.  لا إله إلا الله محمد رسول الله
  3. Terjemahan:
  4. Lā ilāha illaLlāhu Mu'ammadun rasūluLlāh.
Bermaksud :"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya”
Pengucapan syahādah secara jujur, dalam Bahasa Arab, di hadapan dua orang saksi Muslim, adalah cukup untuk seorang menjadi seorang Islam menurut kebanyakan sekolah-sekolah tradisional.
Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.


SYARAT SAH SYAHADAH



Bagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.
Syarat bagi sahnya syahadah adalah:
  1. Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
  2. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
  3. Memahami makna kedua-duanya.
  4. Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
  5. Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
  6. Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.


HAK SYAHADAH



Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib bagi beliau menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan kepada mereka yang tidak mengucapkan kalimah(orang bukan Islam) dengan menerangkan kepada mereka maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada yang beri faedah dan bahaya selain Allah dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah sehingga mereka yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat sebelum datang perintah solat.


Rukun Iman - Mendekatkan Diri Pada-Nya

Posted by Unknown on Thursday 21 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Rukun Islam dan Rukun Iman saling berkait. Hanya dengan Rukun Islam tanpa penghayatan Rukun Iman, seseorang itu juga adalah seperti pokok yang tak berbuah. Mengapa? Apakah itu Rukun Iman dan apakah kaitannya dengan Rukun Islam?

Rukun Iman ada 6 perkara

Rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam yang kita anuti. Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita, maka baharulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, di dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara samiyyat (yang hanya didengar). Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran pada awal surah al-Baqarah, ayat 3:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

“Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Oleh itu, seseorang yang tidak meyakini akan perkara-perkara ghaib di dalam Islam, maka mereka sebenarnya tidak beriman kepada al-Quran dan selanjutnya mereka tidak beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan pastinya mereka tidak beriman kepada Allah SWT yang mewahyukan al-Quran itu.
Dengan menghayati 6 perkara rukun iman, setiap manusia akan sentiasa berwaspada pada setiap kelakuannya, kerana akan memberi kesan di dunia dan juga akhirat.
 Rukun Iman ada 6 perkara:
1. Beriman kepada Allah SWT
2. Beriman kepada para malaikat
3. Beriman kepada kitab-kitab
4. Beriman kepada para rasul
5. Beriman kepada hari akhirat
6. Beriman kepada qada’ dan qadar

Rukun Islam - Peribadi Kita

Posted by Unknown

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebahagian kita mengaku adalah Islam tapi ada juga yang lupa apa itu Rukun Islam. Mengamalkan Rukun Islam adalah wajib bagi semua Muslim dan melakukan Rukun Islam dengan sempurna mampu menjadikan diri kita lebih sempurna. Tapi apa itu Rukun Islam?

Rukun Islam ada 5 perkara.


1. Mengucap dua kalimah syahadah.
'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.

2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Solat lima waktu ini adalah dikatakan sebagai tiang agama kerana inilah amalan pertama yang dihisab nanti. Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.

3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Berpuasa dapat mengekang kita daripada hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

4. Mengeluarkan zakat.
Mengeluarkan zakat bermakna kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya. Zakat adalah dikatakan sebagai menyucikan harta kita dan tidak menunaikannya akan menyebabkan amalan kita yang dihitung tergantung di Arasy' (antara langit dan bumi).

5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan.
Menunaikan haji dapat melengkapkan diri kita sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.

Sumber: Doa Harian

Islam Itu Indah

Posted by Unknown on Wednesday 20 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Islam itu indah. Itulah yang boleh digambarkan mengenai agama Allah yang ulung ini. Agama Islam menjaga kita dari segenap aspek, yang kecil hinggalah yang besar, yang remeh kepada yang sulit. Semuanya dijaga Islam dengan rapi.

islam the way of life


Namun kita sebagai manusia kadang-kadang terlupa sesuatu perkara, tak kiralah dari segi agama mahupun dari segi masalah sendiri. Itulah gunanya kita sentiasa saling ingat mengingati antara satu sama lain. Blog ini adalah untuk memperingatkan orang lain, di samping mengingatkan juga si penulis sendiri.

Blog ini mungkin mempunyai peringatan yang asas dan simple namun harap sesetengah orang akan memanfaatkannya, itulah harapan si penulis. Namun, janganlah mengambil kesemua rujukan dari blog ini bulat-bulat dan mengamalkannya tanpa merujuk juga kepada pihak lain. Si penulis tahu yang penulus juga adalah orang biasa.

Si penulis akan sentiasa berjaga-jaga dalam setiap penulisan entri di sini dan semua pembaca boleh terus menegur untuk membetulkan silap si penulis.