Rukun Islam - Peribadi Kita

Posted by Unknown on Thursday 21 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebahagian kita mengaku adalah Islam tapi ada juga yang lupa apa itu Rukun Islam. Mengamalkan Rukun Islam adalah wajib bagi semua Muslim dan melakukan Rukun Islam dengan sempurna mampu menjadikan diri kita lebih sempurna. Tapi apa itu Rukun Islam?

Rukun Islam ada 5 perkara.


1. Mengucap dua kalimah syahadah.
'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.

2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Solat lima waktu ini adalah dikatakan sebagai tiang agama kerana inilah amalan pertama yang dihisab nanti. Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.

3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Berpuasa dapat mengekang kita daripada hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

4. Mengeluarkan zakat.
Mengeluarkan zakat bermakna kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya. Zakat adalah dikatakan sebagai menyucikan harta kita dan tidak menunaikannya akan menyebabkan amalan kita yang dihitung tergantung di Arasy' (antara langit dan bumi).

5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan.
Menunaikan haji dapat melengkapkan diri kita sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.

Sumber: Doa Harian

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment