Selalu kita diingatkan untuk berakhlak mulia dengan ibubapa, guru, orang yang lebih tua dan sesama manusia kerana ianya disukai Allah S.W.T. Namun samada sedar atau tidak, dalam seharian kita, adakah kita dalam keadaan berakhlak dengan Allah S.W.T? Bagaimakah cara untuk kita berakhlak dengan Allah S.W.T? Mari kita lihat cara-caranya.
Sumber gambar : UsahaTaqwa.com
- Mengenali sifat-sifat Allah (Sifat 20) dan meyakininya.
- Merasa kehebatan dan keagugan Allah S.W.T
- Merasa gerun dengan neraka Allah S.W.T
- Merasa diri sentiasa diawasi oleh Allah S.W.T
- Merasa hina dan malu denga Allah S.W.T
- Meredhai setiap takdir dan ketentuan Allah S.W.T
- Sabar atas sebarang ujian yang diberi oleh Allah S.W.T
- Mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah S.W.T
- Merasa takut pada Allah S.W.T atas kecuaian dan dosa kita
- Sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T
- Sentiasa berharap pada rahmat Allah S.W.T
Diharapkan kita akan mengamalkan semua perkara di atas. Mungkin tidak secara darastik, ianya boleh dilakukan perlahan-lahan. Setiap perkara, terutamanya ke arah kebaikan, jika dilakukan dengan perlahan dan istiqamah, nescaya ianya akan berpanjangan dan hasil lebih baik.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment