Solat Kita Cukup Cemerlang Tak?

Posted by Unknown on Thursday 4 April 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kita sebagai muslim mestilah menunaikan 5 Rukun Islam. Perkara yang pertama yang akan dihisab di akhirat nantia adalah amalan kita iaitu solat. Itu sebabnya dalam Islam menyatakan mendirikan solat itu bagaikan menguatkan tiang agama dan rata-ratanya semua mengetahui perkara ini. Namun, adakah kita cemerlang dalam solat kita? Bagaimana hendak cemerlang dalam solat kita? Mari kita lihat sabda kekasih junjungan kita, iaitu Nabi Muhammad S.A.W mengenai solat.


Solat Wajib

Nabi SAW bersabda:
"Permulaan amalan seseorang hamba yang dikira pada hari Kiamat ialah sembahyang, maka jika baik sembahyangnya maka dikira baiklah seluruh amalannya. Jika rosak sembahyangnya maka rosaklah seluruh amalannya."

Nabi SAW bersabda lagi:
"Sembahlah Allah, janganlah mempersekutukanNya dengan sesuatu: Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan hubungkan silaturrahim."

Nabi SAW bersabda lagi:
"Amal perbuatan yang amat disukai Allah ialah segera sembahyang pada awal waktunya."

Nabi SAW bersabda lagi:
"Cukup makbulnya doa yang disertai dengan taat sebagaimana cukupnya makanan dengan garam."

Nabi SAW bersabda lagi:
"Siapa yang berjalan untuk sembahyang jemaah fardhu, maka bagaikan orang haji dan jika dia berjalan menuju sembahyang sunat maka bagaikan umrah"

Nabi SAW bersabda lagi:
"Dua rakat sembahyang orang yang alim lebih baik daripada 70 rakaat sembahyang orang yang bodoh"

Nabi SAW bersabda lagi:
"Tunaikan apa yang telah diwajibkan Tuhan ke atasmu, maka engkau akan menjadi orang yang paling hebat ibadahnya. Jauhilah larangan-larangan Allah maka engkau akan menjadi orang yang paling zuhud. Terimalah dengan senang apa yang telah dibahagikan Allah untukmu, maka engkau akan menjadi orang yang paling kaya"

Solat Sunat
Nabi SAW bersabda:
"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solihin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kamu dari dosa dan menebus dosa-dosa dan mengusir penyakit dari badan."

Bisikan Yahya bin Muaz Ar-Razi kepada Tuhan:
"Ya Tuhanku, malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-Mu, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepadaMu. Juga syurga tidak terasa indah kecuali apabila melihat-Mu.


p/s: Jika ada kesalahan, maklumkan kepada admins segera agar kita sama-sama mendapat manfaat.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment