Rukun Iman - Mendekatkan Diri Pada-Nya

Posted by Unknown on Thursday, 21 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Rukun Islam dan Rukun Iman saling berkait. Hanya dengan Rukun Islam tanpa penghayatan Rukun Iman, seseorang itu juga adalah seperti pokok yang tak berbuah. Mengapa? Apakah itu Rukun Iman dan apakah kaitannya dengan Rukun Islam?

Rukun Iman ada 6 perkara

Rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam yang kita anuti. Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita, maka baharulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, di dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara samiyyat (yang hanya didengar). Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran pada awal surah al-Baqarah, ayat 3:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

“Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Oleh itu, seseorang yang tidak meyakini akan perkara-perkara ghaib di dalam Islam, maka mereka sebenarnya tidak beriman kepada al-Quran dan selanjutnya mereka tidak beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan pastinya mereka tidak beriman kepada Allah SWT yang mewahyukan al-Quran itu.
Dengan menghayati 6 perkara rukun iman, setiap manusia akan sentiasa berwaspada pada setiap kelakuannya, kerana akan memberi kesan di dunia dan juga akhirat.
 Rukun Iman ada 6 perkara:
1. Beriman kepada Allah SWT
2. Beriman kepada para malaikat
3. Beriman kepada kitab-kitab
4. Beriman kepada para rasul
5. Beriman kepada hari akhirat
6. Beriman kepada qada’ dan qadar

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment