Rukun Islam - Zakat: Penyucian Jiwa dan Harta

Posted by Unknown on Sunday, 22 July 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Zakat yang lebih hampir pada diri kita adalah zakat fitrah yang sunat dibayar pada bulan Ramadan dan wajib pada setiap Muslim. Namun banyak lagi zakat yang dikehendakkan ke atas kita seperti zakat harta, emas, perniagaan, pendapatan dan lain - lain lagi.



Selalunya orang suka menyebut bahawa zakat adalah rukun Islam yang keempat. Namun, ada juga yang menegaskan ia adalah rukun Islam ketiga. Maka, yang mana satukah betul atau tepat?
Umumnya wujud dua pendapat, ada menyatakan rukun Islam ketiga ialah puasa Ramadan dan ada yang menyatakan rukun ketiga Islam ialah zakat. Ini kerana, kefarduan zakat datang setelah datangnya kefarduan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah. Namun begitu, zakat adalah lebih sesuai diletakkan sebagai rukun Islam ketiga.

Hujahnya, zakat sudah diseru oleh Allah SWT sejak zaman Mekah lagi. Bahkan zakat juga disebutkan di dalam hadis sebagai rukun ketiga selepas daripada solat. Lagi pun di dalam al-Quran sendiri, Allah SWT banyak menggandingkan zakat seiring solat. Ada 30 ayat semuanya.

Dalil al-Quran: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana,” (at-Taubah: 71).

Dalil al-Hadis: “Daripada Abu Abdur Rahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khattab radiallahuanhuma dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Islam dibangunkan di atas lima perkara; bersaksi bahawa tiada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah selain Allah dan bahawa nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan berpuasa Ramadhan. (Riwayat Turmuzi dan Muslim)

Inilah pandangan yang dikemukakan oleh ulamak fikah mutakhir, misalnya Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya ‘Hukum Zakat.’ Ia sesuai dengan kedudukan zakat yang sering digandingkan dengan solat di samping penegasan Rasulullah SAW kepada Muadz bin Jabal r.a sendiri, bahawa antara perkara utama yang perlu ditekankan dalam tatacara hidup bersyariat di Yaman, adalah dengan menunaikan zakat sesudah solat.

Sabda Rasulullah SAW kepada Muadz: “Kamu akan berada di tengah-tengah umat ahli kitab (agama samawi yang lain). Ajaklah mereka mengaku bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan saya (Muhammad) adalah utusan-Nya. Bila mereka menerima, khabarkanlah kepada mereka bahawa mereka diwajibkan solat lima kali dalam sehari semalam. Apabila mereka melaksanakannya, (maka) beritahukan pula bahawa mereka diwajibkan mengeluarkan zakat yang dipungut daripada orang-orang kaya dan (diagihkan) kembali kepada orang-orang miskin (di kalangan mereka),” (Sebahagian hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim). Wallahua’lam.
Namun penghayatan mengenai zakat itu haruslah lebih mendalam pada setiap individu dari mengetahui mengenainya namun menafikan keperluannya.



Rukun Iman - Malaikat: Ketaatan yang Abadi padaNya

Posted by Unknown

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Kita semua tahu malaikat itu ada dan wujud. Ramai mengetahui yang malaikat itu adalah ciptaan Allah S.W.T yang mempunyai budi pekerti yang sangat mulia kerana dicipta hanya untuk beribadah kepadanya. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. 


awan
Sekadar gambar hiasan.
Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Ia berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah. Malaikat itu tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.

Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah sahaja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka. Iaitu :

Jibrail : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi.
Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi.
Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.
Izrail : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat.
Mungkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.
‘Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan.
Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga.
Malik : Tugasnya menjaga neraka.


Rukun Islam - Puasa: Menundukkan Nafsu

Posted by Unknown on Wednesday, 4 July 2012

Assalamualaikum dan salam ukhwah..


Puasa sebulan si bulan Ramadhan adalah Rukun Islam yang ketiga yang wajib dilakukan oleh Muslim. Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akn melahirkan rasa keinsafan di dalam keperibadian kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
puasa bulan ramadhan


Ini adalah wajib dan sekiranya meninggalkannya atas sebab apa sekalipun, ia perlu diganti atau diqada' dibayar fidyah dan mengikut keadaan individu itu. Puasa juga ada yang sunat dan akan dibincangkan pada entri akan datang.




Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan


Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lafaz niat puasa Qada’ Ramadhan :

Ertinya :  Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

    Rukun Iman - Kenali Kekasih dan Utusan-Nya

    Posted by Unknown

    Assalamualaikum dan salam ukhwah..


    Nabi Muhammad S.A.W adalah kekasih Allah dan semua nabi yang lainnya adalah utusan-Nya yang dikasihi. Bilangan Nabi dan Rasul adalah sangat banyak tetapi kita untuk mengetahui yang 25. Namun apakah maksud Nabi dan apakah maksud Rasul itu sendiri?


    Apa erti Rasul ?

    Rasul dalam pengertian ilmu Tauhid ialah seorang lelaki ( BUKAN wanita) yang dipilih oleh Allah untuk menerima arahan, ajaran, berita dan amaran yang dinamakan WAHYU dari Allah SWT melalui malaikat Jibrail. Rasul ini juga diperintahkan untuk menyampaikan wahyu kepada kaumnya dan kepada umat manusia sebagaimana di firmankan Allah dalam surah Saba' ayat 28 :
    "Kami (ALLAH) telah mengutuskan engkau, hai Muhammad, kepada sekelian manusia..."

    Apa erti Nabi ?

    Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu melalui Jibrail, tetapi Nabi TIDAK diperintahkan untuk untuk menyampaikan wahyu kepada manusia. Kewajipan nabi itu ialah untuk menerangkan dan menyokong wahyu-wahyu yang telah didatangkan kepada Rasul-rasul yang terdahulu dari Nabi tersebut atau semasa Nabi tersebut.

    Rasul dan Nabi adalah manusia. Maka harus Rasul & Nabi bersifat dengan sifat manusia. Tetapi pangkat Rasul & Nabi bukanlah diperolehi dengan hasil usaha manusia itu. Sebaliknya ianya adalah pilihan Allah.

    Sebab itu selepas penutup kenabian oleh baginda Rasulullah SAW. Tokoh-tokoh ajaran sesat akan menggunakan istilah-istilah yang menunjukkan dirinya sebagai orang pilihan Allah. Agar para pengikutnya menjadi taksub kepadanya dan mengengkari ajaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.



    Ini jelas apabila ada jemaah di Malaya, tok gurunya mengatakan dia adalah orang pilihan Allah untuk umat akhir zaman. Di tolaknya Al Quran dan hadis atas alasan kedua-duanya tidak relevan dengan masa sekarang. Sebaliknya "minda" yang diperolehi adalah direct dari Allah dan sepatutnya digunapakai sebagai sumber hukum dalam kehidupan. Semoga Allah melaknat Nabi Palsu akhir zaman yang menjadi dajjal kepada umat ini.




    Apakah tujuan, hikmah atau faedah Allah melantik Rasul & Nabi ?

    Antara faedahnya ialah Allah mahu diri NYA dikenali. Rasul & Nabi diutus kepada umat manusia agar umat manusia kenal Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Dengan adanya Rasul & Nabi, manusia akan kenal dengan tepat dan siapa Tuhan yang sebenar, serta faham pula kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan sebagai seorang makhluk yang diciptakan Allah SWT. Jika seseorang yang diptakan Allah tidak kenal siapa Tuhannya yang sebenar dan tidak mengakui keagungannya dengan jalan yang sebenar, nescaya sesatlah dirinya dan segala amal kebajikan yang dilaksanakannya tiada nilai disisi Allah.







    p/s: Jika ada kesalahan dari pihak penulis, mohon ajukan dengan segera agar sama-sama mendapat manfaat.

    Rukun Islam - Solat: Kepentingan dan Sejarah

    Posted by Unknown

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..


    Solat lima waktu sehari semalam adalah Rukun Islam yang kedua. Rukun Islam yang kedua ini amat penting kerana ia adalah amalah PERTAMA yang dihisab oleh malaikat untuk setiap individu di dunia ini sebelum amalan-amalan wajib dan sunat kita yang lain. Solat lima waktu juga terbukti mempunyai banyak faedah lain yang tidak kita ketahui dan akan dinyatakan dalam entri akan datang. Namun, ramaikah yang mengetahui akan sejarah solat itu sendiri?
    solat lima waktu

    Sejarah solat bermula pada peristiwa Isra' Mikraj dimana junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W melawat setiap anak tangga langit. Sejarah solat bermula apabila baginda S.A.W sampai ke tangga ke sepuluh. Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.



    Allah S. W. T : Ya Muhammad. 
    Rasulullah : Labbaika. 
    Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
    Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
    Betapa kasihnya Nabi dan Allah S.W.T kerana mewajibkan kita dengan solat lima waktu dengan pahala 50 waktu. Pengorbanan baginda S.A.W kepada umatnya amat besar dan sepatutnya dihargai dengan pujian dan selawat keatasnya.

    p/s: Jika ada kesalahan dari pihak penulis, diminta ajukan dengan segera agara sama-sama mendapat manfaat. Sekian, Wassalam.