Rukun Islam - Solat: Kepentingan dan Sejarah

Posted by Unknown on Wednesday, 4 July 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Solat lima waktu sehari semalam adalah Rukun Islam yang kedua. Rukun Islam yang kedua ini amat penting kerana ia adalah amalah PERTAMA yang dihisab oleh malaikat untuk setiap individu di dunia ini sebelum amalan-amalan wajib dan sunat kita yang lain. Solat lima waktu juga terbukti mempunyai banyak faedah lain yang tidak kita ketahui dan akan dinyatakan dalam entri akan datang. Namun, ramaikah yang mengetahui akan sejarah solat itu sendiri?
solat lima waktu

Sejarah solat bermula pada peristiwa Isra' Mikraj dimana junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W melawat setiap anak tangga langit. Sejarah solat bermula apabila baginda S.A.W sampai ke tangga ke sepuluh. Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.



Allah S. W. T : Ya Muhammad. 
Rasulullah : Labbaika. 
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Betapa kasihnya Nabi dan Allah S.W.T kerana mewajibkan kita dengan solat lima waktu dengan pahala 50 waktu. Pengorbanan baginda S.A.W kepada umatnya amat besar dan sepatutnya dihargai dengan pujian dan selawat keatasnya.

p/s: Jika ada kesalahan dari pihak penulis, diminta ajukan dengan segera agara sama-sama mendapat manfaat. Sekian, Wassalam.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment