Cara Belajar Yang Berkesan?

Posted by Unknown on Wednesday, 24 April 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kadang-kadang kita sebagai manusia tidak pernah lari dalam melakukan kesilapan. Kita juga sering terlupa akan sesuatu perkara walaupun perkara itu penting dan baru sahaja didengari. begitu juga dengan belajar. Seseorang yang mendalami ilmu sering takut untuk belajar kerana masalah lupa atau tidak tahu tekbik yang berkesan untuk belajar. Mari kita sama-sama lihat cara belajar yang berkesan.

Banyakkan bertanya sekiranya kurang faham.

1. Sentiasa merangsangkan pancaindera dalam proses pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-----> Kita ingat cuma 10% daripada apa yang kita baca
-----> Kita ingat cuma 20% daripada apa yang kita dengar
-----> Kita ingat cuma 50% daripada apa yang didengar dan dilihat
-----> Kita ingat cuma 70% daripada apa yang dicakapkannya
-----> Kita ingat 100% setelah mempraktikkannya

2. Oleh kerana itu, lagi banyak kita menggunakan deria, lagi mudah bagi kita untuk mengingat.

3. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa belajar secara aktif dengan pen/pensel di tangan.

4. Pelajar yang cemerlang akan belajar tiga jam satu hari atau 21 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Pelajar yang cemerlang belajar di dalam persekitaran yang baik.

-----> a) Pastikan cahaya yang terang
-----> b) Kurangkan gangguan bising/muzik
-----> c) Tampal poster mengandungi slogan atau kata-kata hikmat yang dapat merangsang minat untuk belajar.
-----> d) Tampalkan gamabr-gamabr yang dapat menenangkan fikiran dan diharuskan syariat.
-----> e) Ubahsuai kedudukan kerusi dan meja tempat belajar agar tidak membelakangkan kiblat.
-----> f) Jangan lupa untuk senyum.

Diharap tips-tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu semua yang ingin memperbaiki mutu pembelajaran, tidak kira pelajar sekolah mahupun peringkat tinggi. Ilmu perlu diperoleh daripada pembacaan dan belajar. Oleh itu, proses belajar yang berkesan penting dalam mendapatkan ilmu yang berkualiti.

Solat Kita Cukup Cemerlang Tak?

Posted by Unknown on Thursday, 4 April 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kita sebagai muslim mestilah menunaikan 5 Rukun Islam. Perkara yang pertama yang akan dihisab di akhirat nantia adalah amalan kita iaitu solat. Itu sebabnya dalam Islam menyatakan mendirikan solat itu bagaikan menguatkan tiang agama dan rata-ratanya semua mengetahui perkara ini. Namun, adakah kita cemerlang dalam solat kita? Bagaimana hendak cemerlang dalam solat kita? Mari kita lihat sabda kekasih junjungan kita, iaitu Nabi Muhammad S.A.W mengenai solat.


Solat Wajib

Nabi SAW bersabda:
"Permulaan amalan seseorang hamba yang dikira pada hari Kiamat ialah sembahyang, maka jika baik sembahyangnya maka dikira baiklah seluruh amalannya. Jika rosak sembahyangnya maka rosaklah seluruh amalannya."

Nabi SAW bersabda lagi:
"Sembahlah Allah, janganlah mempersekutukanNya dengan sesuatu: Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan hubungkan silaturrahim."

Nabi SAW bersabda lagi:
"Amal perbuatan yang amat disukai Allah ialah segera sembahyang pada awal waktunya."

Nabi SAW bersabda lagi:
"Cukup makbulnya doa yang disertai dengan taat sebagaimana cukupnya makanan dengan garam."

Nabi SAW bersabda lagi:
"Siapa yang berjalan untuk sembahyang jemaah fardhu, maka bagaikan orang haji dan jika dia berjalan menuju sembahyang sunat maka bagaikan umrah"

Nabi SAW bersabda lagi:
"Dua rakat sembahyang orang yang alim lebih baik daripada 70 rakaat sembahyang orang yang bodoh"

Nabi SAW bersabda lagi:
"Tunaikan apa yang telah diwajibkan Tuhan ke atasmu, maka engkau akan menjadi orang yang paling hebat ibadahnya. Jauhilah larangan-larangan Allah maka engkau akan menjadi orang yang paling zuhud. Terimalah dengan senang apa yang telah dibahagikan Allah untukmu, maka engkau akan menjadi orang yang paling kaya"

Solat Sunat
Nabi SAW bersabda:
"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solihin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kamu dari dosa dan menebus dosa-dosa dan mengusir penyakit dari badan."

Bisikan Yahya bin Muaz Ar-Razi kepada Tuhan:
"Ya Tuhanku, malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-Mu, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepadaMu. Juga syurga tidak terasa indah kecuali apabila melihat-Mu.


p/s: Jika ada kesalahan, maklumkan kepada admins segera agar kita sama-sama mendapat manfaat.

Adab Menuntut Ilmu

Posted by Unknown on Monday, 25 March 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Acapkali kita terdengar seseorang pelajar itu mengeluh mereka sudah belajar sehabis baik namun masih tidak mendapat keputusan peperiksaan yang dikehendaki. Macam-macam sudah dilakukan namun hasilnya tetap sama. Mungkin kita boleh bertanya kepada mereka, adakah mereka mengamalkan adab dalam menuntut ilmu? Jika ya baguslah, jika tidak bagaimana? Mari kita lihat adab-adab dalam menuntut ilmu

adab tuntut ilmu

  • Mulakan dengan berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan berkat dalam segala usaha yang dilakukan untuk mendapat ilmu pengetahuan.
  • Niatkan setiap yang dilangkahkan untuk pergi belajar adalah semata-mata mencari keredhaan Allah.
  • Minta izin daripada ibu bapa terlebih dahulu sebelum melangkah keluar untuk bersekolah
  • Bersalaman dan mencium tangan ibu bapa setiap kali jika berkesempatan.
  • Sentiasa berharap kepada ibu bapa supaya didoakan kita agar kita mendapat ilmu yang bermanfaat dan diberkati Allah.
  • Membantu sesiapa yang meminta bantuan.
  • Mengutamakan mempelajari ilmu Fardhu Ain daripada ilmu yang lain.
  • memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ilmu yang diajarkan.
  • Elakkan bertanya @ menyampuk ketika guru mengajar.
  • Tindak-tanduk kita hendaklah disenangi guru.
  • Mentaati peraturan dan arahan daripada guru selagi tidak melanggari syariah.
  • Beramal dengan bersungguh-sungguh ilmu yang telah dipelajari.
Bermula dengan perkara-perkara kecil seperti diataslah yang akan membuatkan ilmu yang kita pelari menjadi berkat. Adab di atas bukan hanya untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, namun untuk setiap ilmu yang kita boleh pelajari.

Kenapa adab itu penting? Kerana dengan adablah, orang lain akan menyenangi kita dan mereka redha ilmu yang diberikan lebih-lebih lagi guru dan persekitaran yakni rakan-rakan seperjuangan kita yang turut akan membantu kita. Insya Allah.


p/s: Jika ada kesalahan dari pihak penulis, mohon ajukan dengan segera agar sama-sama mendapat manfaat.

Berakhlak dengan Guru

Posted by Unknown on Thursday, 21 March 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin memang sengaja buat post yang berangkai, senang bagi semua untuk mencari kesinambungan dan kaitan bahawa setiap perkara dalam hidup kita ini ada kaitan dengan perkara yang lain. Post lepas admin membincangkan mengenai berakhlak dengan ibu bapa. Untuk hari ini, kita fokuskan kepada berakhlak dengan guru, tak kira lah samada di sekolah, universiti mahupun guru mengajar kita apa sahaja. Mari lihat apa cara untuk berakhlak dengan mereka, yang mungkin juga kita tidak sedar.



  • Memberi salam dan sentiasa menghormati mereka.
  • Duduk dengan sopan dan tenang apabila berada di hadapannya.
  • Tidak membuat bising di waktu kehadirannya dan ketiadaannya.
  • Jika ingin bertanya, mintalah izin daripadanya terlebih dahulu.
  • Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
  • Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
  • Apabila hendak keluar dari majlis ilmunya, mintalah izin terlebih dahulu.
  • Elakkan berhujah dengan guru. Jika terpaksa berhujah, lakukanlah dengan beradab dan sopan iaitu dengan cara yang lembut dan bijaksana.
  • Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
  • Sentiasa berbaik sangka dengan guru.
  • Memberi bantuan dengan apa yang dapat dibantu.
  • Lakukan apa yang disenangi oleh guru dan tidak menyakiti hati dan perasaannya.
Bagaimana? Tidak susah bukan bila hendak berakhlak dengan Allah & Rasul, ibu bapa dan guru bukan? Ini adalah perkara yang mudah untuk mendapat keredhaan daripada semua kerana keredhaan dapat memberi kita kemudahan dalam urusan harian samada kita sedar atau tidak.

Jika terasa berat, jangan susah. Perubahan boleh dilakukan dengan perlahan-lahan dan bukannya secara drastik. Allah SWT suka orang yang beristiqamah dalam melakukan kebaikan. Jadi, mari berakhlak!


p/s: Jika ada kesalahan dari pihak penulis, mohon ajukan dengan segera agar sama-sama mendapat manfaat.