Admin memang sengaja buat post yang berangkai, senang bagi semua untuk mencari kesinambungan dan kaitan bahawa setiap perkara dalam hidup kita ini ada kaitan dengan perkara yang lain. Post lepas admin membincangkan mengenai berakhlak dengan ibu bapa. Untuk hari ini, kita fokuskan kepada berakhlak dengan guru, tak kira lah samada di sekolah, universiti mahupun guru mengajar kita apa sahaja. Mari lihat apa cara untuk berakhlak dengan mereka, yang mungkin juga kita tidak sedar.
- Memberi salam dan sentiasa menghormati mereka.
- Duduk dengan sopan dan tenang apabila berada di hadapannya.
- Tidak membuat bising di waktu kehadirannya dan ketiadaannya.
- Jika ingin bertanya, mintalah izin daripadanya terlebih dahulu.
- Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
- Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
- Apabila hendak keluar dari majlis ilmunya, mintalah izin terlebih dahulu.
- Elakkan berhujah dengan guru. Jika terpaksa berhujah, lakukanlah dengan beradab dan sopan iaitu dengan cara yang lembut dan bijaksana.
- Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
- Sentiasa berbaik sangka dengan guru.
- Memberi bantuan dengan apa yang dapat dibantu.
- Lakukan apa yang disenangi oleh guru dan tidak menyakiti hati dan perasaannya.
Bagaimana? Tidak susah bukan bila hendak berakhlak dengan Allah & Rasul, ibu bapa dan guru bukan? Ini adalah perkara yang mudah untuk mendapat keredhaan daripada semua kerana keredhaan dapat memberi kita kemudahan dalam urusan harian samada kita sedar atau tidak.
Jika terasa berat, jangan susah. Perubahan boleh dilakukan dengan perlahan-lahan dan bukannya secara drastik. Allah SWT suka orang yang beristiqamah dalam melakukan kebaikan. Jadi, mari berakhlak!
p/s: Jika ada kesalahan dari pihak penulis, mohon ajukan dengan segera agar sama-sama mendapat manfaat.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment