Adab Menuntut Ilmu

Posted by Unknown on Monday, 25 March 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Acapkali kita terdengar seseorang pelajar itu mengeluh mereka sudah belajar sehabis baik namun masih tidak mendapat keputusan peperiksaan yang dikehendaki. Macam-macam sudah dilakukan namun hasilnya tetap sama. Mungkin kita boleh bertanya kepada mereka, adakah mereka mengamalkan adab dalam menuntut ilmu? Jika ya baguslah, jika tidak bagaimana? Mari kita lihat adab-adab dalam menuntut ilmu

adab tuntut ilmu

  • Mulakan dengan berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan berkat dalam segala usaha yang dilakukan untuk mendapat ilmu pengetahuan.
  • Niatkan setiap yang dilangkahkan untuk pergi belajar adalah semata-mata mencari keredhaan Allah.
  • Minta izin daripada ibu bapa terlebih dahulu sebelum melangkah keluar untuk bersekolah
  • Bersalaman dan mencium tangan ibu bapa setiap kali jika berkesempatan.
  • Sentiasa berharap kepada ibu bapa supaya didoakan kita agar kita mendapat ilmu yang bermanfaat dan diberkati Allah.
  • Membantu sesiapa yang meminta bantuan.
  • Mengutamakan mempelajari ilmu Fardhu Ain daripada ilmu yang lain.
  • memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ilmu yang diajarkan.
  • Elakkan bertanya @ menyampuk ketika guru mengajar.
  • Tindak-tanduk kita hendaklah disenangi guru.
  • Mentaati peraturan dan arahan daripada guru selagi tidak melanggari syariah.
  • Beramal dengan bersungguh-sungguh ilmu yang telah dipelajari.
Bermula dengan perkara-perkara kecil seperti diataslah yang akan membuatkan ilmu yang kita pelari menjadi berkat. Adab di atas bukan hanya untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, namun untuk setiap ilmu yang kita boleh pelajari.

Kenapa adab itu penting? Kerana dengan adablah, orang lain akan menyenangi kita dan mereka redha ilmu yang diberikan lebih-lebih lagi guru dan persekitaran yakni rakan-rakan seperjuangan kita yang turut akan membantu kita. Insya Allah.


p/s: Jika ada kesalahan dari pihak penulis, mohon ajukan dengan segera agar sama-sama mendapat manfaat.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment