Adab Menuntut Ilmu

Posted by Unknown on Monday, 25 March 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Acapkali kita terdengar seseorang pelajar itu mengeluh mereka sudah belajar sehabis baik namun masih tidak mendapat keputusan peperiksaan yang dikehendaki. Macam-macam sudah dilakukan namun hasilnya tetap sama. Mungkin kita boleh bertanya kepada mereka, adakah mereka mengamalkan adab dalam menuntut ilmu? Jika ya baguslah, jika tidak bagaimana? Mari kita lihat adab-adab dalam menuntut ilmu

adab tuntut ilmu

  • Mulakan dengan berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan berkat dalam segala usaha yang dilakukan untuk mendapat ilmu pengetahuan.
  • Niatkan setiap yang dilangkahkan untuk pergi belajar adalah semata-mata mencari keredhaan Allah.
  • Minta izin daripada ibu bapa terlebih dahulu sebelum melangkah keluar untuk bersekolah
  • Bersalaman dan mencium tangan ibu bapa setiap kali jika berkesempatan.
  • Sentiasa berharap kepada ibu bapa supaya didoakan kita agar kita mendapat ilmu yang bermanfaat dan diberkati Allah.
  • Membantu sesiapa yang meminta bantuan.
  • Mengutamakan mempelajari ilmu Fardhu Ain daripada ilmu yang lain.
  • memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ilmu yang diajarkan.
  • Elakkan bertanya @ menyampuk ketika guru mengajar.
  • Tindak-tanduk kita hendaklah disenangi guru.
  • Mentaati peraturan dan arahan daripada guru selagi tidak melanggari syariah.
  • Beramal dengan bersungguh-sungguh ilmu yang telah dipelajari.
Bermula dengan perkara-perkara kecil seperti diataslah yang akan membuatkan ilmu yang kita pelari menjadi berkat. Adab di atas bukan hanya untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, namun untuk setiap ilmu yang kita boleh pelajari.

Kenapa adab itu penting? Kerana dengan adablah, orang lain akan menyenangi kita dan mereka redha ilmu yang diberikan lebih-lebih lagi guru dan persekitaran yakni rakan-rakan seperjuangan kita yang turut akan membantu kita. Insya Allah.


p/s: Jika ada kesalahan dari pihak penulis, mohon ajukan dengan segera agar sama-sama mendapat manfaat.

Berakhlak dengan Guru

Posted by Unknown on Thursday, 21 March 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin memang sengaja buat post yang berangkai, senang bagi semua untuk mencari kesinambungan dan kaitan bahawa setiap perkara dalam hidup kita ini ada kaitan dengan perkara yang lain. Post lepas admin membincangkan mengenai berakhlak dengan ibu bapa. Untuk hari ini, kita fokuskan kepada berakhlak dengan guru, tak kira lah samada di sekolah, universiti mahupun guru mengajar kita apa sahaja. Mari lihat apa cara untuk berakhlak dengan mereka, yang mungkin juga kita tidak sedar.



  • Memberi salam dan sentiasa menghormati mereka.
  • Duduk dengan sopan dan tenang apabila berada di hadapannya.
  • Tidak membuat bising di waktu kehadirannya dan ketiadaannya.
  • Jika ingin bertanya, mintalah izin daripadanya terlebih dahulu.
  • Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
  • Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
  • Apabila hendak keluar dari majlis ilmunya, mintalah izin terlebih dahulu.
  • Elakkan berhujah dengan guru. Jika terpaksa berhujah, lakukanlah dengan beradab dan sopan iaitu dengan cara yang lembut dan bijaksana.
  • Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
  • Sentiasa berbaik sangka dengan guru.
  • Memberi bantuan dengan apa yang dapat dibantu.
  • Lakukan apa yang disenangi oleh guru dan tidak menyakiti hati dan perasaannya.
Bagaimana? Tidak susah bukan bila hendak berakhlak dengan Allah & Rasul, ibu bapa dan guru bukan? Ini adalah perkara yang mudah untuk mendapat keredhaan daripada semua kerana keredhaan dapat memberi kita kemudahan dalam urusan harian samada kita sedar atau tidak.

Jika terasa berat, jangan susah. Perubahan boleh dilakukan dengan perlahan-lahan dan bukannya secara drastik. Allah SWT suka orang yang beristiqamah dalam melakukan kebaikan. Jadi, mari berakhlak!


p/s: Jika ada kesalahan dari pihak penulis, mohon ajukan dengan segera agar sama-sama mendapat manfaat.

Berakhlak dengan Ibu Bapa

Posted by Unknown on Wednesday, 13 March 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post sebelum ini admin telah membincangkan bagaimana berakhlak dengan Allah S.W.T. Pada kali ini, mari kita bincangkan bagaimana hendak berakhlak dengan ibu bapa kerana dalam "hierarchy" menjaga hubungan kita dengan Allah, ibu bapa adalah dalam ranking ke 3 selepas Allah S.W.T dan Rasullah S.A.W. Ada cara bagaimana untuk mentaati dan berakhlak dengan mereka.

akhlak ibu bapa


  • Taat kepada keduanya dalam semua perkara kecuali perkara maksiat.
  • Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
  • Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
  • Tidak meninggikan suara apabila berbicara bersama mereka.
  • Tidak emmotong perbualan mereka.
  • Tidak keluar rumah tanoa keizinan daripada mereka.
  • Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan dan mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
  • Tidak mrendah dan menghina mereka apabila mereka melakukan perkara yang tidak menyenangkan kita.
  • Tidak tertawa berdekah-dekah di hadapan mereka.
  • Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
  • Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan yang di hadapan mereka.
  • Tidak tidur dan berbaring ketika mereka sedang duduk kecuali dengan keizinan mereka.
  • Tidak memanjangkan kaki di hadapan mereka dan tidak berjalan mereka.
  • Menjawab panggilan mereka seberapa yang boleh.
  • Memuliakan sahabat mereka baik ketika mereka hidup dan setelah mati.
  • Tidak bersahabat dan bergaul dengan orang-orang yang menderhakai ibu bapa.

Selalulah berdoa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah meninggal dunia sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran: "Tuhanku... kasihanilah mereka sebagaimana mereka mendidikku ketika aku masih kecil"

Jika dilihat zaman sekarang, cara berakhlak di atas telah banyak hilang dalam masyarakat kita. Oleh itu, kita seharusnya menerapkan kembali nilai dan cara sebenar berakhlak dengan ibu bapa bagi mendapat keredhaan mereka dan redha-Nya.



p/s: Jika ada kesalahan dari pihak penulis, mohon ajukan dengan segera agar sama-sama mendapat manfaat.

Bagaimana Berakhlak Dengan Allah S.W.T

Posted by Unknown on Tuesday, 5 March 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selalu kita diingatkan untuk berakhlak mulia dengan ibubapa, guru, orang yang lebih tua dan sesama manusia kerana ianya disukai Allah S.W.T. Namun samada sedar atau tidak, dalam seharian kita, adakah kita dalam keadaan berakhlak dengan Allah S.W.T? Bagaimakah cara untuk kita berakhlak dengan Allah S.W.T? Mari kita lihat cara-caranya.

Sumber gambar : UsahaTaqwa.com


  1. Mengenali sifat-sifat Allah (Sifat 20) dan meyakininya.
  2. Merasa kehebatan dan keagugan Allah S.W.T
  3. Merasa gerun dengan neraka Allah S.W.T
  4. Merasa diri sentiasa diawasi oleh Allah S.W.T
  5. Merasa hina dan malu denga Allah S.W.T
  6. Meredhai setiap takdir dan ketentuan Allah S.W.T
  7. Sabar atas sebarang ujian yang diberi oleh Allah S.W.T
  8. Mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah S.W.T
  9. Merasa takut pada Allah S.W.T atas kecuaian dan dosa kita
  10. Sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T
  11. Sentiasa berharap pada rahmat Allah S.W.T
Diharapkan kita akan mengamalkan semua perkara di atas. Mungkin tidak secara darastik, ianya boleh dilakukan perlahan-lahan. Setiap perkara, terutamanya ke arah kebaikan, jika dilakukan dengan perlahan dan istiqamah, nescaya ianya akan berpanjangan dan hasil lebih baik.


p/s: Jika ada kesalahan dari pihak penulis, mohon ajukan dengan segera agar sama-sama mendapat manfaat.